Saranan Teknikal
- Pelanggan digalakkan menutup suis elektrik sekiranya tidak menggunakannya selama lebih dari 3 jam. Ini bererti pelanggan digalakkan menutupnya selepas jam 10 malam dan boleh dibuka semula pada jam 6 pagi setiap hari sekaligus ia dapat menjamin jangka hayat kompresor ke lebih lama dan membantu menjimatkan elektrik di rumah pelanggan.
- Air minuman masih boleh digunakan dan kekal bersih, selamat dan berkualiti untuk diminum walaupun suis elektrik telah ditutup.
- Sekiranya pelanggan ingin meninggalkan rumah pada jangka masa yang lama melebihi 3 hari adalah DIMESTIKAN menutup suis elektrik dan air bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Dan apabila kembali ke rumah, keluarkan air yang berada di dalam tangka disoenser selama sekurang-kurangnya 3 minit buka kembali suis air terlebih dahulu (jangan buka suis elektrik dahulu). Selepas 5 minit barulah membuka suis elektrik dan barulah boleh digunakan seperti biasa.
- Pelanggan tidak digalakkan mengambil air panas atau sejuk secara banyak sekaligus (tidak melebihi 2 liter) dan dinasihatkan menunggu 3 minit untuk proses seterusnya. Adalah lebih praktikal air dimasak menggunakan cerek elektrik jika ingin memasak air secara banyak atau gunakan ketulan ais jika memerlukan air sejuk secara banyak.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Pelanggan Ingin Berpindah Tempat Pemasangan?
- Sila hubungi UNIT SERVIS SELENGGARA terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu dengan menyatakan maklumat perubahan secara lisan. Tiada waranti akan diberikan sekiranya terdapat kecuaian seperti larangan di atas.