Kenapa Harga Penapis Air Boleh Jadi MAHAL? Caj Faedah Atau Ada Kos Lain?

Anda rasa pelik kenapa harga penapis air boleh meningkat sehingga 2 ke 3 kali ganda dari harga tunai, ada sudah jumpa artikel yang tepat.

Kami jemput anda untuk menonton video ini supaya anda lebih faham. Saksikan!

Ingin mendapatkan info tentang penapis air dari SuperFine sila klik [Penapis Air SuperFine]

3 Punca Harga Penapis Air Menjadi Mahal

Kenapa dipasaran ada penapis air yang sangat mahal? Contohnya harga penapis air yang ada 3 saluran (sejuk, panas & suhu bilik) yang mencapai harga hampir RM5,000 ke RM12,000 seunit. Sedangkan ada penapis dari syarikat yang sama ada menawarkan khidmat servis selenggara boleh menjual penapis air dengan harga tidak sampai RM3,000 seunit.

Bagaimana boleh ada jurang harga yang sangat besar? Adakah kos tambahan ini munasabah? Anda nilaikan sendiri dari artikel ini.

1. Kos Penjenamaan

Anda sendiri pun tahu, jika hendak menjual dengan kuantiti yang besar (Mass), sesebuah jenama perlu mengadakan aktiviti pemasaran dengan skala yang besar. Mereka terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk aktiviti seperti berikut:

  • Servis iklan berbayar di media sosial.
  • Reka bentuk dan pemasangan billboard di bandar-bandar besar dan di lebuhraya.
  • Membayar duta-duta yang popular.
  • Sponsor di acara-acara besar di stesen tv.
  • Dan banyak lagi.

Semua ini memerlukan dana awal yang besar. Tetapi persoalannya siapakah yang akan membayar balik kos-kos yang sudah dan terus dikeluarkan oleh pihak syarikat?

Jawapannya tentulah pihak pembeli. Pihak syarikat akan memasukkan kos tersebut dan mengambil balik modal mereka.

Ini menyebabkan harga akhir penapis air yang anda beli secara tunai atau hutang menjadi mahal.

2. Sistem Pemasaran

Anda mungkin pernah dengar tentang penapis air alkali yang hanya mengeluarkan air pada suhu bilik tetapi harganya mencecah sampai RM12,000. Wow! Memang mahalkan ?

Pada kami sendiri selaku pengeluar penapis air pun rasa harga ini sangat mahal. Tetapi persoalannya, bagaimana harganya boleh jadi tinggi sampai macam itu sekali?

Jawapannya ialah kesan daripada sistem pemasaran bertingkat (multi level marketing) yang digunakan dalam syarikat tersebut.

Sistem pemasaran MLM akan membantu mengurangkan beban syarikat tersebut daripada terpaksa menggaji pekerja pemasaran dan jualan. Syarikat hanya perlu melantik ejen-ejen tanpa perlu membayar gaji yang tetap seperti perniagaan jenis konvensional.

Syarikat hanya akan membayar komisyen hanya apabila ejen berjaya menghasilkan jualan.

Jadi, untuk membayar ejen-ejen yang berada di banyak lapisan, pihak syarikat perlu menaikkan harga produk. Jika tidak pihak syarikat tidak ada cukup duit untuk dibahagikan sebagai komisyen tunai, percutian dan insetif-insentif lain yang dijanjikan.

Akhirnya pembeli terpaksa membayar harga yang tinggi yang bukan nilai sebenar penapis air tersebut. Ia mungkin adil kepada ejen tetapi tidak adil kepada pengguna. Jadi anda ok ke?

3. Teknologi Penapis Air

Kalau anda nak tahu, teknologi yang digunakan juga memainkan peranan kepada penetapan harga penapis air. Anda boleh napmpak dipasaran ada sistem air beralkali, ada sistem air beroksigen, ada sistem RO dan sistem yang terbaru iaitu berhidrogen.

Kesemua teknologi ini samaada atau buruk akan mempengaruhi harga penapis air.

Jadi yang sebenarnya anda perlu faham. Jika anda sedang mencari sistem penapis air yang murah, apa yang penting sebenarnya bukanlah teknologi. Teknologi hanyalah semata-mata aksesori.

Tetapi penapis itu cukup jika ia boleh menghasilkan air yang bersih, selamat dan berkualiti untuk kegunaan anda dan keluarga. Kriteria lain seperti jenama, sistem pemasaran atau teknologi canggih adalah kurang penting.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu kenapa harga penapis air menjadi mahal. Anda mesti bijak memilih penapis air yang manakah yang sesuai.

Jadi dalam kes ini mungkin anda boleh cuba penapis air dari SuperFine Marketing.

Hubungi talian hotline kami di 0133888317 atau TEKAN butang ini [Info SuperFine]

Kenapa Memilih Penapis Air Dari SuperFine?

Tidak Membebankan Pelanggan Dengan Kos Iklan Yang Tinggi

Syarikat kami juga aktif menjalankan pemasaran di stesen radio dan beberapa stesen tv seperti TV1 dan TV AlHijrah. Namun kami mengawal dan menanggung sepenuhnya kos penjenamaan tanpa membebankan pelanggan. Tidak seperti sesetengah jenama yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar duta terkenal dan menaja program-program yang mahal.

Sistem Pemasaran Yang Adil Saksama

SuperFine tidak mengamalkan sistem pemasaran bertingkat (MLM) yang boleh membebankan pelanggan. Ini memberikan kelebihan kepada SuperFine untuk memberikan harga penapis air dibawah RM3,000 dan menjadi pilihan yang sangat menguntungkan pada pelangggan.

Air Berteknologi Alkali

Teknologi air beralkali bukan saja memberikan air yang sangat baik untuk kesihatan anda, tetapi tidak menyebabkan harga penapis air menjadi mahal.

Harga Ansuran Dan Tunai Yang Kekal Sama

SuperFine adalah “satu-satunya syarikat penapis air yang menawarkan skim ansuran mudah yang mana anda bayar secara ansuran tetapi jumlah keseluruhannya adalah KEKAL sama seperti harga tunai.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Penapis Air SuperFine ?

Hubungi talian hotline kami di 0133888317 atau TEKAN butang ini [Info SuperFine]

Anda juga boleh mengikuti kami di platform-platform kami seperti di bawah:

➡︎ WhatsApp https://www.wasap.my/60133888317/InfoSuperFine

➡︎ Facebook https://www.facebook.com/superfinemarketing

➡︎ YouTube https://www.youtube.com/@superfinemarketing

➡︎ TikTok  https://www.tiktok.com/@superfinemarketing

➡︎ Instagram  superfine_superfine  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Let's chat with us
Need help?
Superfine Customer Service
Hi.. can we help you?