Dalam video ini kami akan berkongsi tentang 3 jenis penapis air yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Anda boleh tonton video ini terlebih dahulu.
Haji Anuarosli Saleh sudah lebih 30 tahun dalam industri penapis air di Malaysia.
3 Jenis Penapis Air Di Malaysia
Kami pasti anda pernah tahu tentang kesemua jenis penapis air ini. Namun, ramai yang tidak jelas aturan kepetingannya. Ada yang silap memilih jenis penapis air yang kurang penting untuk kegunaan anda dan keluarga.
1. MASTER OUTDOOR FILTER
Master Outdoor Filter adalah penapis air di luar rumah yang biasanya dipasang di saluran paip diluar atau didalam pagar rumah. Penapis air jenis ini bukanlah untuk tujuan minuman. Bahkan belum ada di pasaran penapis air outdoor yang boleh diminum airnya.
Air tapisan dari penapis air jenis ini sesuai untuk digunakan untuk tujuan basuhan pakaian, rumah dan mandian.
Jadi, Master Ourdoor Filter boleh dianggap sebagai ‘Pre-Filter’ untuk menapis karat, kotoran dan bendasing untuk kegunaan selain minuman.

2. PENAPIS AIR SEMATA-MATA
Penapis air seperti ini dipasang pada singki dapur. Ia adalah untuk menapis segala kuman, karat dan klorin untuk membolehkan anda meminumnya. Kualiti airnya boleh terus diminum tanpa perlu dimasak.
Namun penapis air ini tidak lengkap dengan fungsi penyejukan dan pemanasan. Airnya adalah pada suhu bilik.

3. PENAPIS AIR DENGAN 3 SALURAN AIR
Ini adalah jenis penapis air yang sangat popular di zaman ini. Ramai yang merasakan rumah mereka tidak lengkap jika tiada sistem penapis air jenis ini. Penapis air ini lengkap dengan 3 saluran iaitu air sejuk, air panas mendidih dan air pada suhu bilik.
Bukan saja airnya bersih tetapi ia memudahkan urusan untuk membancuh minum sejuk dan panas. Tidak perlulah pada isteri susah-susah lagi memasak air. Sangat menjimatkan masa dan tenaga. Jadi nak minum kopi atau teh panas jadi cepat. Hanya tekan saja air panas sudah tersedia. Kan senang ?
Sama juga bila ingin bancuh air sirap atau oren, tak perlu sediakan ais. Hanya tekan dan air sejuk tersedia.

Penapis Yang Mana Patut Anda Beli Dulu?
Diharapkan anda jelas tentang ketiga-tiga jenis penapis air yang ada di Malaysia. Persoalannya penapis air jenis yang manakah patut anda dapatkan dahulu ?
Jawapannya begini…
Jika anda mampu, dapatkanlah penapis air dengan 3 saluran minuman. Ada air panas, air sejuk dan air suhu bilik.
Namun jika kos menjadi halangan, sudah cukup untuk anda dapatkan dahulu penapis air semata-mata ( tanpa sejuk dan panas) yang menjadi keperluan utama anda. Anda boleh gunakan peti sejuk dan dapur untuk sejuk/ panas yang anda mahu.
Bagaimana pula dengan ‘outdoor filter’ ?
Memandangkan air tapisannya tidak boleh diminum, jadi ia bukanlah pilihan utama. Tetapi jika anda dapatkannya, ia seolah-olah memperbaiki lagi kualiti air yang masuk ke dalam rumah.
Kesimpulan
Adalah lebih sempurna jika anda memiliki penapis air dalam dan luar. Namun jika kos menjadi penghalang, adalah lebih bijak anda mulakan dengan penapis air semata-mata atau penapis air dengan 3 saluran minuman dahulu.
Semoga perkongsian kami dapat memberikan panduan untuk anda memilih penapis air yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Sekian terima kasih!
Ingin Mendapatkan Penapis Air SuperFine?
Hubungi talian hotline kami di 013 388 8317 atau TEKAN butang ini [Info SuperFine]
Anda juga boleh mengikut kami di platform-platform kami seperti di bawah:
➡︎ WhatsApp https://www.wasap.my/60133888317/InfoSuperFine
➡︎ Facebook https://www.facebook.com/superfinemarketing
➡︎ YouTube https://www.youtube.com/@superfinemarketing
➡︎ Instagram superfine_superfine
