Sekarang anda sedang penapis air yang sesuai dengan bajet anda. Kalau boleh anda nak cari yang murah tetapi mestilah ada ciri-ciri yang sesuai dengan keperluan anda dan keluarga. Jadi, di dalam artikel ini kami akan terangkan cara-cara memilih penapis yang murah tapi berkualiti tinggi. Sesuai dengan bajet anda yang rendah atau untuk golongan B40.
Tetapi sebelum itu, tonton dahulu video yang kami sediakan khas untuk anda.
Cara Memilih Penapis Yang Jimat Pada Harga Yang Munasabah
Kami di Superfine Marketing sudah berada di dalam industri penapis air sejak dari tahun 1993 lagi. Jadi sepanjang 30 tahun ini kami jelas tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat khususnya B40 untuk memilki sebuah penapis air.
3 cara yang kami kongsikan ini adalah sangat rasional untuk anda jika anda ingin buat keputusan yang bijak dan menguntungkan anda.

Dapatkan Hioxy Dispenser dengan pakej jimat tanpa ansuran riba. Tekan [Info SuperFine] untuk pertanyaan.
1. Status Halal Penapis Air
Bagi seorang muslim, syarat pertama mesti penapis air itu disahkan halal. Anda mesti pernah baca atau tonton berita tentang penapis air yang menggunakan bahan-bahan tidak halal seperti tulang babi dan sebagainya. Waktu itu kecoh satu Malaysia.
Tak guna jika anda beli penapis air yang murah atau jenama yang terkenal namun status halalnya diragui. Status halal mesti jadi kriteria pertama.
Jadi untuk pengesahan halal di Malaysia tak lain tak bukan mestilah diperoleh daripada pihak JAKIM. Ia adalah status satu-satunya di Malaysia dan diakui antara yang terbaik di dunia.
Oleh yang demikian kami bersikap proaktif untuk memastikan semua penapsi air keluaran SuperFine. Kesemua 6 filter termasuk sistem keseluran penapis air SuperFine adalah disahkan halal.

Untuk sijil halal yang terkini anda boleh rujuk di lama sesawang SuperFine Marketing [Di sini]
Dan satu lagi, sijil halal itu mestilah diberikan kepada syarikat yang mengedarkan penapis air tersebut.
2. Latar Belakang Syarikat
Apabila anda membuat keputusan untuk membeli sebuah penapis air, tentulah anda ingin menggunakannya selama 5 ke 10 tahun. Jadi untuk mengekalkan penapis air dalam jangkamasa selama itu, ia mestilah diselia dengan baik.
Pertama, penapis anda perlu diservis secara berjadual. Penapis air anda juga perlu diselenggara pada bila-bila masa jika terdapat masalah pada sistem penapis atau sistem elektriknya.
Kedua, anda juga memerlukan alat ganti yang original sepanjang tempoh 5 ke 10 tahun tersebut.
Jadi, sebuah syarikat penapis air yang baik mestilah mampu menyediakan pasuran servis dan alat ganti dengan kadar yang segera.
Kami tekankan di sini kerana banyak syarikat yang hanya menjual dan tidak memiliki pasukan dan alat ganti yang boleh digunakan segera untuk menyelenggara masalah pada penapis air.
Natijahnya anda terpaksa menghadapi masalah penapis air yang tidak diservis. Malah ada penapis air yang lansung tidak dapat digunakan disebabkan masalah alat ganti yang mahal dan sukar untuk dicari.
Oleh sebab itu, di SuperFine, kami menyediakan pasukan servis selenggara yang sedia untuk dihantar ke rumah atau premis anda. Kami bukan saja berada di semenanjung, malah kami juga berada di Sabah dan Sarawak.
Bukan itu saja, kami juga ada menyediakan penapis air gantian sementara jika penapis anda memerlukan masa yang yang lebih panjang untuk dibaiki.
Ini semua kami lakukan semata-mata untuk menjaga keselesan anda selaku pelanggan SuperFine.
Kesimpulannya, jika sesebuah syarikat penapis air yang diyakini mestilah sudah mampu bertahan sekurang-kurangnya 3 ke 5 tahun. Mereka bukan saja dapat membekalkan penapis air tetapi juga mampu menyediakan khidmat servis seelenggara.
3. Sistem Bayaran Ansuran
Selepas status halal dan latar belakang syarikat, anda perlu teliti tentang sistem bayaran ansuran. Ramai pengguna tak sedar apa yang sebenarnya mereka bayar.
Pertama, jangan sekadar lihat kadar bayaran bulanan yang nampak seperti rendah dan sangat mampu milik.
Kedua, anda perlu kira jumlah apabila bayaran bulanan dikalikan dengan jumlah bulan. Contohnya bayaran RM70 untuk penapis air alkali selama 5 tahun (60 bulan) memerlukan anda membayar kesemuanya dengan jumlah RM4,200.
Adakah kos ini munasabah ? Sedangkan penapis air SuperFine kami yang lengkap dengan ‘Alkaline Booster’ hanya berharga RM2,798 sahaja walaupun dibayar secara ansuran.
Anda perlu buat kiraan walaupun anda memang dah tak sabar untuk memiliki penapis air baru di rumah. Mungkin selepas anda tahu jumlah sebenar, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak.
Namun, ramai yang menyesal apabila sudah mengikat kontrak dan terpaksa membayar dalam tempoh masa yang lama dan lebih mahal.
Kesimpulan
Akhir sekali, sebelum membeli penapis air, kami cadangkan anda untuk meneliti 3 perkara dibawah:
- Status HALAL
- Latar belakang syarikat
- Sistem bayaran ansuran
Selepas itu terpulang untuk anda membuat pilihan secara rasional dan bijak.
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Penapis Air SuperFine ?
Hubungi talian hotline kami di 0133888317 atau TEKAN butang ini [Info SuperFine]
Anda juga boleh mengikuti kami di platform-platform kami seperti di bawah:
➡︎ WhatsApp https://www.wasap.my/60133888317/InfoSuperFine
➡︎ Facebook https://www.facebook.com/superfinemarketing
➡︎ YouTube https://www.youtube.com/@superfinemarketing
➡︎ Instagram superfine_superfine
